Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang.
Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
- Jangan amalkan minum air batu. Ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
- Jangan makan nasi bersulam air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
- Jangan hembus nafas ketika minum. Kena tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
- Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
- Jangan amalkan melancap (Onani) kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
- Jangan menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, akan membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
- Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.